Saturday 10 September 2011

ADA HIKMAHNYA....

asalamualaikum..
lma btul x update,bkan xmau tp xde bnda nk diceritakn..alang2 nk menulis biar bnda ditulis 2 ada faedahnya kn?btol x?alhamdulillah..kehidupan berjalan seperti biasa,hidup mst diteruskan walaupun dagu dah berjahit??HAH..ni la yg aku nk ceritakn sbnrnya..ketika semua umat islam diseluruh dunia sedang seronok bergembira meraikan kdtngan syawal,aku plak terlantar di katil hospital akibat dirempuh oleh kereta yg dipandu oleh manusia tidak bertanggungjawab..ish3!!!klau aku jmpa manusia 2 lagi pasni,hmm..twu la aku apa nk buat..hmm..jgn risau,aku xkan belasah dia,paling kuat pon aku bunuh je terus...hehe,xde lah,klau aku jmpa dia,aku nk kasi ceramah 3 hari 3 mlam dekat pemandu cm dia 2,dah la langgar org,pas 2 lari plak..

akademi memandu mna la yg kasi dia lulus msa test dlu..tapi,aku menerima semuanya dgn redha,alhamdulillah,aku msih boleh teruskan hidup mcm biasa dan kepada sesiapa yg pernah menerima nasib yg sma mcm aku atau org2 lain,jgnlah sesekali anda menggunakan perkataan' KALAULAH' cthnya:''klaulah aku tak pergi sna hari 2,mst bnda ni tak jadi"..jgnlah berkata begitu wahai sahabat2 sekalian krn perkataan ini menunjukkan yg anda tidak redha diatas apa telah ditentukan..mmg pada hakikat,xdak spa dlam dunia ni yg mahu perkara buruk terjadi pada mereka,smalah dgn aku tapi percayalah..ADA HIKMAHNYA,ada pengajaran disebaliknya,berishtighfarlah..siapalah kita untuk menidakkan takdirNYA..

Monday 8 August 2011

Idea datng lepas sahur..wawawa..

Selamat pagi malaysia,lma aku x menulis,bukan xnak tapi xde idea..haha!!tapi tetiba lepas sahur pagi ni aku terasa ada benda yg aku nak kongsi...spa nk bca,bacalah,spe xnak bce pon xpe,jgn risau,aku janji aku xkan wat apa2 demonstrasi atau perhimpunan..aku dapat inspirasi nak wat blog ni pon dari kawan baru..aku cma menulis apa yg aku twu shj..anyway,aku pon x la bgs mna pon but at least aku cba memperbaiki diri aku dari sehari ke sehari,aku pon mcm org len gk,ada minat tersendiri..aku ada byk lagi misi yg blom selesai,byk sgt ilmu yg aku nk tuntut tapi blom selesai(ilmu yg baik2 shj.bkn ilmu hitam atau ilmu2 lain yg berwarna)aku suka men gitar(tapi suka2 je bukan untuk tujuan komersial,t kesian kat ana raffali xde job..wawawawa,gurau ja,t kna sman plak!!!tapi aku x pandai sgt men gitar),suka cipta lagu,suka explore benda2 yg plik,suka pi tempa2t ygbermisteri,suka berkawan,suka melancong,suka masuk hutan(jungle trekking),suka bca novel(ada cita2 untuk antar aku punya manuskrip kat ALAF 21,alaf 21,tunggu kedatangan ku),suka fotografi(minat bru lpas amek graphic design) dan mcm2 lagi..Benda2 mistik atau misteri ni mmg la satu benda yg menakutkan tapi bila kita kita usha2 blek,sbnrnya ianya satu benda yg unik untuk kita explore,aku pon xde berani sgt..tapi yg pntg klau kita minat benda yg plik,kita wajib ada ilmu bagaimana  nk mengatasi sebarang kebarangkalian yg mgkin akan berlaku..bak kata AKU NESCAFE an,wat x tu je,pdahal seluar dah basah lencun,,so,apa yg aku dapat summarieskan kat sini,kita suma ada minat masing2,selagi bnda 2 x menyalahi syariat dan undang2 MALAYSIA,mka xslah la,xsemestinya klau kita nk jadi baik kita xleh wat ape yg kita suka,tol x?,asal nak jadi baik je,xholeh wat itu,wat ni..abis klau suma org jadi lukman,spe nak jadi zul,azrol,naim dgn pidot(geng hyperactive)haha..gurau je,lukman jgn maqah nohh..k,smoga kita suma dapat melalui dugaan ramadhan dgn cemerlang dan merebut ganjaran di 10 malam terakhir,seimbangkan dunia dan akhirat,kejar akhirat insyaallah dunia akan cemerlang..!!

Monday 1 August 2011

KENAPA???

  • Kalau kita ada byk msa untuk lyan lagu korea or apa2 je genre,KENAPA kita xda sedikit msa untuk mendengar zikir2 yg menenangkan hati?? 
  • Kalau kta ada byk kredit untuk call awek/girlfriend or pakwe/boyfriend kta,KENAPA kta x simpan sedikit kredit untuk parents kta untuk bertanya khabar??ibu dah makan?ayah sihat??
  • Kalau kta ada byk msa untuk bca msg,KENAPA kta tak boleh ada sedikit masa untuk bca Al-Quran??
  • Kalau kta ada byk msa untuk tonton ANIME,KENAPA kita tak boleh luangkan sedikit msa untuk menonton forum perdana/al-kuliyyah??
  • Klau kta ada memory yg kuat untuk menghafal nma2 penyanyi/selebriti or tajuk2 lagu favourite kta,KENAPA nma2 ALLAH beserta maksudnya x termasuk dalam memory kta??
  • Hanya diri kita sendiri yang boleh jawab soalan ni,Renung2kan dan selamat beramal!!



Friday 29 July 2011

Ubat bagi hati yang berkarat


Rasulullah saw bersabda:
''Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air'',
Bila seorang bertanya,apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali"?
Rasulullah saw bersabda",:selalulah ingat mati dan membaca Al-Quran".

Thursday 28 July 2011

JIKA AKU JATUH HATI...

YA ALLAH,jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada
 seseorang yg melabuhkan cintanya padaMu
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.


YA MUHAIMIN,jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh
hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
agar aku tidak terjatuh ke dalam jurang cinta nafsu.


YA RABBANA,jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.


YA BABBUL IZZATI,jika aku rindu,
rindukanlahaku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.


YA ALLAH,jika aku menikmati cinta kekasihku,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.


YA ALLAH,jika aku jatuh hati pada kekasihku,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan
 panjang menyeru manusia ke jalanMu.


YA ALLAH,jika kau halalkan aku merindui kekasihku,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan  aku pada cinta hakiki dan rindu abadi
hanya kepadamu..
Amin.